|
Friday 6 December 2013 | 23:48 | 0 comments
biarlah aku yang mengalah. mengalah x beerti kalah. sakura cuma xnak buang masa gaduh disebabkan hal yang remeh. sakura tgh cuba untuk stabilkan emosi sakura dgn dia. ada je yang buat sakura sakit hati. meskipun banyak hal yang sakura patut marah n dia patut tahu kenapa sakura marah. bukan niat nak mengungkit kisah lalu tapi sakura jadi seorang yang amat erjaga jaga sekarang ni. yes memang x dinafikan sakura memang kurang percaya kat dia disebabkan oleh banyak benda jugak yag dah jadi. kepercayaan yang kita berikan hanyalah sekali. sekali ianya dikhianati, amat sukar untuk mempercayainya lagi. meskipun begitu x bermakna sakura mengalah dalam hubungan ini, sakura tetap bertahan dan menunggu akan ada nya n tiba nya satu masa nanti yang benar2 dapat membuatkan sakura menarik n menghela nafas lega kerana kebahagiaan yang sakura miliki. bukan hanya kepada pasangan juga mengenai aspek lain. kehidupan. memang, hidup bukan nya senang tapi untuk mencapai kebahagiaan kita perlu berusaha dan cari dan ianya tidak lah sesukar mana kerana kita masih punya yang maha Esa yang sedia membantu walau apa jua situasi kita selagi kita mengingati Nya.
hubungan sakura n A masih ok masih berjalan dengan lancar. cuma kadang2 tu ada salah paham n gaduh gaduh sikit tu biasalah. lumrah bercinta. ku terima walau sakit hati. kita xkan dapat lari dari semua itu. Allah tetap akan menguji hamba Nya selagi Allah menyayangi hamban Nya itu. segala apa yang terjadi d dunia ini adalah skrip yang ditulis oleh Nya dan kita semua hanyalah pelakon. jadi apa sahaja yang telah dan bakal terjadi kita hendaklah tabah menghadapinya kerana setiap apa yang berlaku ada hikmah. kita tidak selamanya berada di atas. sakura berpegang kuat dengan kata kata itu kini. dan jika benar dia bukan kebahagiaanku, kau tunjukkan lah ya Allah. sakura percaya ada kebahagiaan yang lebih hakiki menanti sakura di hadapan.
^__^
|